Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Menonton Wayang

Menonton wayang

 

Assalamualaikum ustaz,

 

di sini saya ada sedikit kemusykilan berhubung dengan hukum menonton wayang? Rakan saya mengatakan hukumnya adalah haram kerana bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat.Dari mana sumber hukumnya saya tidak tahu.


Jika kita memang berniat untuk menonton cerita tersebut dan bukan untuk melakukan maksiat,adakah haram?Bagaimana pula dengan cerita ketuhanan dan ditonton bersama keluarga?Harap ustaz dapat menjelaskannya.Terima kasih. 

Mior afzal

 

 

Jawapan:

 

Alaikum salam

 

Wayang, tv, vcd, radio, cd dan sepertinya hukum untuk ianya menjadi haram atau harus berdasarkan cerita-cerita ataupun lagu-lagunya. Adapun alat itu sekiranya tidak disalahguna iaitu kearah cerita atau lagu yang tidak berunsur maksiat maka ianya adalah harus.

 

Wallahua’lam

 

Advertisements

Ummat Islam wajib bersatu

        Kesatuan ummat Islam adalah kewajipan dalam agama. Ianya amat penting apatah lagi dalam kita ummat Islam berada dalam keadaan yang lemah ditengah-tengah masyarakat dunia.Rasul-rasul yang diutuskan Allah membawa Islam yang mana antara  lain ajaran yang utama didalamnya ialah bersatu.

 

Ini terbukti sebagaimana didalam peristiwa persaudaraan diantara Muhajirin dan Ansar yang diantara mereka tiada langsung ikatan pertalian darah.Yang ada hanyalah ikatan persaudaraan dalam Islam. Juga berlaku kepada puak Aus dan Khazraj yang telah berkurun lamanya bermusuhan akhirnya bersatu diatas nama Islam.

 

Kesatuan mereka atas nama Islam ini adalah contoh terbaik bagi kita semua dalam menterjemahkan Islam itu adalah agama universal iaitu agama untuk semua. Tiada perjuangan atas nama kaum, tiada pilih kasih semata-mata berlainan warna kulit, bukan kasih sayang itu hanya kerana seseorang itu terdiri daripada keturunan kita, bahkan kasih sayang itu ikhlas kerana Allah. Maka lahirlah ketika itu masyarakat yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah.

 

Walaupun mereka mempunyai perbezaan pendapat dalam masalah fiqh, pendekatan politik, dan dalam masalah menafsirkan ayat-ayat al-Quran, akan tetapi dalam masalah pokok iaitu asas kepada Islam mereka akan bersatu. Perkara ini telah dibuktikan oleh imam-imam muktabar pada zaman dahulu. Mereka mengeluarkan pendapat mereka tetapi dalam mereka mempertahankan pendapat dan hujjah mereka, mereka menghormati pandangan atau idea dari imam-imam yang lain asalkan perkara itu ialah perkara furu’ (cabang) dan bukan perkara asas supaya tiada perpecahan terjadi. Itulah adab Islam ketika berselisih pendapat.

 

Satu contoh yang berlaku pada zaman rasulullah dimana beberapa sahabat yang telah menafsirkan arahan rasulullah berkenaan sembahyang asar ketika perjalanan mereka ke perkampungan Bani Khuraizah. Hadis yang bermaksud “ Barang siapa yang beriman kepada Allah jangan seorang dari kamu sembahyang asar melainkan di perkampungan Bani Khuraizah”

 

Ada dikalangan sahabat dalam menafsirkan hadis ini berpendapat bahawa rasulullah bertujuan agar mereka semua cepat sampai ke perkampungan Bani Khuraizah. Ada juga yang menafsirkan solat asar itu wajib dikerjakan hanya di perkampungan Bani Khuraizah. Maka mereka tidak sembahyang di pertengahan jalan. Akan tetapi ada satu kumpulan sahabat pula bersembahyang di tengah perjalanan mereka ke perkampungan Bani Khuraizah kerana melihat waktu asar sudah hamper luput.

 

Disana juga telah terdapat banyak perselisihan pendapat diantara sahabat seperti Saidina Umar, Khalid al-Walid, Ibnu Abbas dan juga Ibnu Umar. Akan tetapi apabila mereka berhujjah dengan pendapat masing-masing, mereka semuanya beradab, berakhlak dan bertoleransi. Ini semua tidak lain hanyalah untuk menjaga kesatuan Islam yang telah diterapkan oleh rasulullah didalam hati-hati mereka.

 

Penyatuan hati-hati mereka ini sebenarnya terjadi apabila rasulullah membawa penghayatan bahawa Islam itu adalah dibawah satu payung aqidah yang satu, Allah yang satu, rasulullah (Muhammad) atau pemimpin yang satu, kiblat yang satu dan kepentingan yang satu iaitu untuk menegakkan agama Allah, Islam. Firman Allah swt.

 

 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ

 

Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara taqwa (al-Maidah ayat:2)

 

 

Semua dalil-dalil al-Quran dan sunnah ini menunjukkan kewajipan ummat Islam bersatu. Disana dalil-dalil itu juga menunjukkan bagaimana menghadapi kesatuan musuh diperingkat global.Sebagai contoh, Yahudi, Kristian, Hindu dan juga Buddha walaupun mereka berlainan negara dan ada yang berlainan ideologi agama tetapi atas nama untuk menjahanamkan Islam, mereka boleh bersatu sedangkan pada suatu masa dahulu Yahudi menggelarkan nabi Isa itu anak haram.

 

Lebih membantu agenda mereka ini adalah kita ummat Islam sendiri. Kita lemah dalam kesatuan dan ukhuwah Islamiyyah.Kita masih mencari-cari punca kepada permasalahan mazhab, politik dan lain-lain perkara yang tidak sepatutnya kita pertengkarkan.

 

Soal-soal seperti Sunni, Syiah, Wahhabi, Salafi, Khalafi dan tarekat telah menyebabkan ummat Islam tidak dapat bersatu atau mengiktiraf antara satu sama lain. Seakan-akan itulah perkara asas yang mesti diperbalahkan dan diselesaikan dengan segera. Sedangkan sekiranya seluruh ummat Islam bersatu seperti bersatunya para sahabat, pastinya seluruh ummat Islam akan mendapat berkat dari Allah.

 

Oleh kerana perkara ini seakan menjadi barah kepada ummat Islam, adalah menjadi tugas penting bagi ulamak-ulamak, pemikir-pemikir  dan ahli-ahli politik Islam masa kini untuk memberikan tumpuan kepada kesedaran ahli-ahli atau pengikut-pengikut mereka untuk membentuk kesatuan diantara mereka. Mereka mesti disedarkan bahawa mereka boleh berselisih pendapat dalam perkara furu’ tetapi mereka tidak sekali-sekali boleh berpecah hanya kerana perkara furu’.

 

Amat malang bagi ulamak-ulamak, pemikir-pemikir dan juga ahli-ahli politik Islam kerana terpaksa memikirkan perkara-perkara seperti ini secara mendalam disebabkan ingin menyatukan ummat sedang dalam masa yang sama mereka ini terpaksa juga memikirkan cara bagaimana untuk menepis serangan musuh-musuh Islam. Masa dan tenaga mereka dibazirkan untuk perkara yang tidak sepatutnya. Salah siapa?

 

Soal furu’ atau khilaf ialah soal yang diizinkan Allah untuk diperbincangkan atau diperdebatkan. Ianya adalah tabi’i iaitu semulajadi. Ulamak menyatakan bahawa sekiranya Allah tidak ingin berlakunya kekhilafan dalam dunia ini, nescaya Allah akan menurunkan ayat-ayat al-Quran secara muktamad. Tiada ayat mutsyaabihat yang membawa kepada Qotiyatuddalalah.

 

Jika kita memerhatikan dengan serius, kita sebenarnya sudah mempunyai kekuatan dari sudut-sudut lain yang dikurniakan Allah seperti agama Islam itu sendiri. Ianya ialah agama para nabi-nabi, diturunkan dari langit, diturunkan wahyu bersamanya, sebagai agama fitrah, dan juga agama yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Didalamnya juga ianya merangkumi semua perkara dari perkara ghaib hingga kepada perkara yang terang nyata. Dari perkara aqidah hingga perkara ibadah, syariat, akhlak dan lain-lain.

 

Allah telah mengurniakan kepada bumi ummat Islam hasil-hasil bumi yang begitu banyak dan kaya. Lihat sahaja kurniaan Allah kepada negara-negara teluk yang memegang rezab pengeluaran petroleum terbesar dunia.Alangkah kuatnya ummat Islam sekiranya mereka bersatu ditambah pula dengan kekayaan masing-masing diagihkan kepada seluruh negara Islam diatas nama persaudaraan dalam Islam.

 

 

Wallahua’lam

Muntah Bayi dan hukum suasa

Assalamualaikum

 

Ustaz..

 

Ana ada beberapa soalan..

 

1-Apakah hukum keatas muntah daripada bayi,jika terkena pakaian adakah ianya hanya perlu dibasuh ataupun tidak boleh dipakai terus.

 

2-Ada yang mengatakan suasa boleh dipakai,jika benar suasa mengandungi emas apakah dalil yang membenarkan suasa dipakai..

 

terima kasih banyak ustaz..

 

Muhammad

UK

 

Jawapan:

 

Alaikum Salam

 

1.Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena teteknya.Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.

 

2.Tidak boleh dipakai kerana ianya bercampur dengan emas. Dan sekarang kita mempunyai teknologi memisahkan antara bahan-bahan yang terdapat dalam campuran suasa. Adapun pandangan yang mengatakan ianya boleh dipakai adalah pandangan yang  lemah.

 

Wallahua’lam

Perniagaan lintah dan cacing

Soalan:

 

Saya ada soalan ni, hari ini masyarakat kita ramai mula buka perniagaan, diantara perniagaan itu ialah jual lintah dan cacing. Dan kedua-dua binatang itu tidak boleh dimakan.Jadi saya ada dengar ustaz yang mengajar katanya memanfaatkan perkara yang haram hukumnya haram. Jadi bagai mana status hukum nya dari segi syara’ dan melalui qawaid fiqhiyyah kerana ini masalah kontemporari.Jadi bagaimana hukum jual kulit harimau/buaya/ yang orang manfaat buat beg kulit dan sebagainya..

 

faqir ilmu

 

Jawapan:

 

Sesuatu yang tidak najis,yang boleh diambil manafaat adalah harus dijual beli. Adapun dalam mazhab Abu Hanifah, hanya mensyaratkan manafaat sahaja dalam kata lain apabila ada manafaat maka harus jual beli seperti tahi ayam. Adapun kulit buaya diharuskan pemakaiannya setelah disamak. Disamak disini bukan seperti najis mughallazah (najis berat seperti anjing dan babi) tetapi disamak disini ialah dengan membuang segala lendir atau lemak. Biasanya menggunakan medium yang beralkali seperti kapur barus. Tidak perlu kepada sembelihan binatang-binatang yang kita guna kulitnya sebagai perhiasan diri. Hatta lembu yang tidak disembelih sekalipun kita boleh menggunakan  walaupun dibawa untuk sembahyang kulit-kulitnya itu sekiranya kita menyamak ia terlebih dahulu.

 

Wallahua’lam

 

Makrifatullah

Permintaan saya begini :

1. Minta dihuraikan maksud MAKRIFATULLAH…

2. Bagaimana membezakan mantera dengan doa yang dibaca dalam bahasa melayu?

Terima kasih atas kesudian membaca permintaan saya ini….

 

Nuri96

 

Jawapan:

 

1.Makrifatullah ertinya mengenali Allah dengan memahami kewujudan kekuasana dan seluruh sifat-sifat dan nama-nama yang sempurna bagi Allah berdasarkan kepada al-Quran dan sunnah serta memahami sifat-sifat yang wajib bagi Allah mustahil dan harus dan lain-lain.

 

2.Doa ialah satu perkara yg dilakukan oleh orang Islam dengan meminta pertolongan dari Allah dimulai dengan Bismillah, memuji Allah, selawat ke atas rasul dan kandungan doa ialah meminta semua perkara kebaikan didunia dan akhirat atas diri sendiri atau utk org lain  dan diakhiri dgn amin tanpa dihadkan bahasa apakah yang kita guna. Inilah ialah doa yng biasa dilakukan oleh rasulullah dan diikuti oleh umat islam zaman berzaman.

 

Adapun perkara atau perbuatan selain dari itu tidaklah dinamakan doa walau dalam bahasa apa sekalipun.

 

Wallahua’lam

 

Maksud nama

Soalan:

 

Assalamualaikum,

Ustaz, diharap ustaz dapat menjawab beberapa persoalan saya mengenai
maksud nama anak yang bakal dilahirkan. Semoga ustaz dapat meluangkan masa
untuk menjawab maksud nama dibawa samaada sesuai atau sebaliknya
 
 Mengikut carian terjemaahan bahasa arab – english

ارحام

 

Womb,matrix

 

حازم

 

resolute, firm, steadfast, steady, strong-willed, gritty, tough, decisive, determined

 

اكرمي

generosity, kindness, open handedness, geniality, hospitality, munificence

وردا

 

ردا

in answer to

وفدا

 

No answers

 

اكري وردا

 

Bagi anak Perempuan Nur Akriemi Wirda

 

ارحام حازم

 

Bagi anak lelaki  Muhammad Arham Haziemi Ikut carian Hazim tapi saya  letakkan Haziemi- apakah maksudnya turut berubah

 

Terima kasih. Semoga ustaz dapat menjawab persoalan saya.

 

 

Ayaupm.

 

 

 

 

Jawapan:

 

Alaikumsalam

 

Muhammad Arham Hazimi.Apa yg saudara dapati dari kamus itu adalah betul. Akan tetapi untuk Hazimi ianya akan disandarkan kepada diri iaitu keteguhanku. Maksudnya tidak berubah jika digabungkan untuk nama. Akan tetapi mungkin berubah jika kita  ingin membuat ayat.

 

Manakala bagi nama perempuan Wafda ialah rombongan atau utusan yg datang. Manakala Wirda ialah bermaksud wirid-wirid dan Warda ialah bunga ros

 

Sebagai pemberitahuan, adalah rasulullah bersabda nama-nama yang dikasihi Allah ialah nama seperti Abdullah, Abdul Rahman dan nama-nama yang disandarkan kepada nama-nama Allah.

 

Wallahua’lam

Pandangan pembaca

Assalamualaikum

Ustaz. ana nak beritahu bahawa tiada tiada bukti perubatan yang menunjukkan gelang magnet tu boleh dijadikan ubat. Kajian yang dijalankan adalah tiada bukti. Kecuali kesan psikologi si pemakai

KK Permaisuri

Respon Ustaz:

Alaikumsalam

Terima kasih diatas penerangan yang diberikan. Sepertimana yang ana sebutkan dalam jawapan ana tempohari, ini semua berdasarkan niat kita. Apa yang kita mahu daripada pemakaian itu. Juga ana sertakan cara untuk memakainya sekiranya ia benar-benar terbukti menyembuhkan penyakit.

Adapun berkenaan jika gelang itu tidak terbukti tidak memberikan manafaat dari segi kesihatan, juga telah ana nyatakan didalam jawapan itu. Maka segalanya terserah kepada anda untuk menentukan setelah ana memberikan jawapan.

Terima kasih diatas komen yang diberikan.Semoga kita terus bertukar-tukar pandangan dan ilmu.

Wallahua’lam