Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Menonton Wayang

Menonton wayang

 

Assalamualaikum ustaz,

 

di sini saya ada sedikit kemusykilan berhubung dengan hukum menonton wayang? Rakan saya mengatakan hukumnya adalah haram kerana bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat.Dari mana sumber hukumnya saya tidak tahu.


Jika kita memang berniat untuk menonton cerita tersebut dan bukan untuk melakukan maksiat,adakah haram?Bagaimana pula dengan cerita ketuhanan dan ditonton bersama keluarga?Harap ustaz dapat menjelaskannya.Terima kasih. 

Mior afzal

 

 

Jawapan:

 

Alaikum salam

 

Wayang, tv, vcd, radio, cd dan sepertinya hukum untuk ianya menjadi haram atau harus berdasarkan cerita-cerita ataupun lagu-lagunya. Adapun alat itu sekiranya tidak disalahguna iaitu kearah cerita atau lagu yang tidak berunsur maksiat maka ianya adalah harus.

 

Wallahua’lam

 

Read Full Post »

Assalamualaikum

 

Ustaz..

 

Ana ada beberapa soalan..

 

1-Apakah hukum keatas muntah daripada bayi,jika terkena pakaian adakah ianya hanya perlu dibasuh ataupun tidak boleh dipakai terus.

 

2-Ada yang mengatakan suasa boleh dipakai,jika benar suasa mengandungi emas apakah dalil yang membenarkan suasa dipakai..

 

terima kasih banyak ustaz..

 

Muhammad

UK

 

Jawapan:

 

Alaikum Salam

 

1.Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena teteknya.Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.

 

2.Tidak boleh dipakai kerana ianya bercampur dengan emas. Dan sekarang kita mempunyai teknologi memisahkan antara bahan-bahan yang terdapat dalam campuran suasa. Adapun pandangan yang mengatakan ianya boleh dipakai adalah pandangan yang  lemah.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Soalan:


Saya ingin bertanya tentang hukum bagi seorang lelaki muslim yang memakai atau rantai,atas tujuan kesihatan kerana ianya enghasilkan Sinaran Infra Merah (FIR) dan 1800-2500 ion negatif per cm3.Ia secara semulajadi membantu mengimbangkan fizikal, mental, emosi dan kerohanian.Antara kebaikan FIR ialah:


1.MenghindariPenyakitKanser


2.Mengatasi Masalah Gastrik, Pembengkakan Prostat dan Buasir. Ion negatif pula mempunyai kebaikan iaitu:


1. Memperkuat fungsi saraf autonomi.
2. Membantu pertumbuhan semula sel.
3. Memperbaiki metabolisme.
4. Memperkuat sistem daya tahan tubuh.
5. Melegakan kesakitan.

Jadi,adakah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakainya atas tujuan kesihatan?

Terima kasih

Cekodok

 

Jawapan;

  

Gelang boleh dipakai sekiranya ia benar-benar untuk dibuat ubat berdasarkan kepada syarat-syarat yang berikut:

1)benar-benar berniat untuk buat ubat tiada niat lain.

2)alat itu memang jadi ubat kerana kajian yang telah dibuktikan secara tepat,bukan sebagai kepercayaan seperti tangkal

3)tutup dalam lengan baju supaya tidak dilihat orang dan supaya tidak menjadi fitnah seboleh-bolehnya pakailah dimalam hari sahaja supaya  orang tidak ada sebab atau tidak sakit juga hendak memakai.Perkara ini dikira sebagai perkara yang tidak boleh kerana ianya mendedahkan kepada perkara negatif yang lain.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Soalan:

 

Apakah hukumnya kita memberi dan menjawab salam kepada bukan Islam?

 

Hamba Allah, Paka

 

Jawapan:

 

Salam adalah ibadat ta’abbudi.Tiada nas dan dalil yang mengatakan bahawa boleh memberi salam kepada bukan Islam samada dari quran dan sunnah.Oleh itu ianya diharuskan untuk memberi salam.Kecuali disana ada ulamak mengatakan bahawa boleh disebut lain daripada lafaz kebiasaan iaitulah dengan menyebut “Salamun A’laikum”.Begitu juga apabila menjawab salam, tidak dibenarkan mengguna kalimah walaikum salam (ta’abbudi) tetapi hanyalah kita menjawab “Wa a’laikum” sahaja.Akan tetapi perlu diingat bahawa hubungan kita dengan bukan Islam tetap terjalin.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »