Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Toharah’ Category

Soalan:

Assalamualaikum

 

Saya ada beberapa kemusyikilan :

 

1.Pada suatu pagi saya nak ke tempat kursus, lepas memakai pakaian saya nak keluar dari bilik, tetiba terperasan baju koyak sikit, saya pun nak pinjam jarum dan benang  untuk jahit baju koyak tadi…tetiba kawan saya menegur dan kata tak baik jahit baju masa ketika masih memakainya, dia suruh saya buka dulu baju tu dan jahit.katanya ada hadis tentang larangan ni, betul ke ustaz?

 

2.Seorang kawan saya lagi kata…. dia ada terbaca tentang basuh kain menggunakan mesin basuh AUTO tak boleh dan tak sah bawa sembahyang, katanya kalau SEMI AUTO sah atau boleh bawa baju tu untuk sembahyang. Betul ke ustaz?

 

Sekian terima kasih

 

Suhairul Faridah Sarip

UiTM Perak

 

 

Jawapan :

 

Waalaikum Salam

 

 

1)Menjahit pakaian ketika dia memakai baju yang dipakai itu hukumnya makruh bukan diharamkan.Larangan itu kerana dibimbangi boleh melukakan diri disebabkan jarum itu.

 

 

2)Membersih pakaian dengan mesin basuh automatik boleh dan dikira bersih dan pakaian itu boleh dibuat sembahyang asalkan kita menggunakan air bersih yang boleh dibuat bersuci dan pakaian yang hendak dibasuh itu tiada kesan atau ain najis.Jika pakaian yang terkena najis maka najis itu perlu dibasuh dahulu sebelum kita mencampurkan ia dengan pakaian yang lain.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »