Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘solat’ Category

Komen Pembaca

Sebenarnya solat menghormati waktu adalah pandangan yang doif. Tiada hadis yang sohih lagi sorih berkenaan solat hormat waktu. Bahkan ianya hanya dibincangkan di Malaysia sahaja. Adapun di negara arab ianya dianggap sebagai pandangan yang terpencil. Lagipun kita disuruh menunaikan solat dalam kedaan mana sekalipun tanpa perlu menqada’kannya

Ulasan ana :

Ana ada menerima satu komen kiriman saudara kita. Ana sengaja meletakkan komen ini dalam ruangan jawapan agar semua dapat menyedari kehadiran komen pembaca.Ana takut sekiranya ditinggalkan sebagai footnote ianya mungkin terlepas pandang oleh pembaca sekelian.

Alhamdulillah ada yang sudi memperingati ana. Terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan. Memang ada pandangan yang mengatakan bahawa tidak perlu lagi kepada solat sekali lagi (qodo’) sekiranya kita sudah menyelesaikan solat kita walaupun dalam keadaan yang tidak sempurna (duduk,tidak mengadap kiblat dan sebagainya) iaitu ianya dikira sebagai rukhsah (keringanan) jika ada sesuatu maslahah.

Antaranya Imam Ahmad yang mengatakan bahawa tiada dalil yang sohih mengenai perkara itu. Manakala ulamak yang mengatakan ianya mesti qodo’ pula, mengkiaskan dengan keadaan apabila kita berhutang dengan manusia maka kita wajib membayarnya. Oleh itu apatah lagi jika kita berhutang dengan Allah dan kita tidak menyempurnakan pembayarannya.

Apapun ini hanyalah perkara khilaf. Antum semua boleh memilih berdasarkan kebijaksanaan dalam menilai pendapat ulamak-ulamak bersandarkan dalil-dalil mereka dan niat sebenar antum semua. Jadi berkenaan jawapan ana kepada soalan solat dalam bas itu, jika kita perhatikan soalan penanya, sahabatnya itu dalam perjalanan yang tidak sampai dua marhalah dan dia masih lagi mempunyai lebih kurang 30 minit baki maghrib ketika sampai ke rumahnya.

Maka pada pandangan saya yang dhoif ini,wajiblah keatasnya menunaikan semula maghrib itu dengan sempurna kerana saya tidak melihat adanya maslahah yang membolehkan dia menguna pakai rukhsah sembahyang sambil duduk dan tidak mengadap kiblat itu hanya kerana dia menaiki bas untuk balik ke rumahnya dalam jarak yang dekat.

Jazakallah keatas orang yang memberi komen.

Wallahua’lam

Advertisements

Read Full Post »

Solat dalam bas

Soalan:
Assalamualaikum ustaz.Bagaimana apabila seseorang itu dalam perjalanan balik ke rumah terpaksa memulakan perjalanannya ketika masuk waktu maghrib (rumahnya tidak sampai 2 marhalah) kerana dia menaiki bas,.Dia kemudiannya telah melakukan sembahyang fardhu maghrib didalam bas secara duduk dan tidak menghadap kiblat dengan sempurna.Sedangkan masa yang diambil untuk sampai ke rumahnya hanyalah dalam lingkungan 30-40 minit dalam kata lain, apabila dia sampai ke rumahnya, maghrib masih berbaki kira-kira 30 minit.Apabila dia sampai ke rumahnya, dia tidak lagi mengerjakan sembahyang maghrib kerana menganggap ianya sudah selesai.Adakah ianya dibolehkan didalam fekah solat seperti itu walaupun tiada apa-apa kesusahan?
Mat Rodhi, Dungun

 

Jawapan:

Waalaikum salam.Jika kita sembahyang di dalam kapal terbang berwuduk,berdiri dan mengadap kiblat maka sembahyang itu sah tak perlu diulang lagi.Adapun sembahyang dalam bas keadaan duduk dan tidak mengadap kiblat sedang dia balik kerumah waktu masih ada, maka ia hendaklah sembahyang semula.Sembahyang tadi tidak sah, ia hanya sekadar hormat waktu kerana dia meninggalkan satu syarat sah sembahyang dan satu lagi rukun sembahyang iaitu mengadap kiblat adalah syarat sah sembahyang dan berdiri pula adalah salah daripada satu rukun sembahyang.

Wallahua’lam

Read Full Post »

Soalan:

Adakah dikira lagha apabila ketika mendengar khutbah, kita berselawat keatas rasulullah dengan suara yang agak kuat(dapat didengar oleh orang sebelah)apabila nama rasulullah disebut khatib?bagaimana pula dengan mengaminkan doa ketika khatib membaca doa dalam khutbah?Terima kasih

Hamba Allah, Kuantan

 

Jawapan:

1)Berselawat -Ianya dibolehkan, cuma jangan keterlaluan sebagai menjaga peradaban untuk tidak mengganggu atau seperti orang berada dalam pasar,maka jika ianya sekadar didengari oleh orang sebelah maka dibolehkan.

    
2)Mengaminkan doa-Ianya dibolehkan.
Wallahua’lam

Read Full Post »

Minyak Wangi beralkohol

Soalan : 

Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai minyak wangi .Sebagai umat Islam ,adakah salah sekiranya minyak wangi yang kita gunakan mengandungi alkohol , kerana ia bukan untuk diminum. 

Bagaimana pula minyak wangi beralkohol itu digunakan ketika solat atau digunakan ketika keluar berjalan serta singgah solat dimana-mana surau? Saya ada mendengar solat yang saya lakukan dengan minyak wangi beralkohol tetap sah , sebab minyak wangi yang dijual dipasaran hari ini mengandungi alkohol yang rendah dan tidak mengapa sekiranya dibawa dalam solat.

       Adakah benar dakwaan itu? Minta ustaz jelaskan kedudukan perkara sebenarnya.

Along, Politeknik Sultan Mizan

 

Jawapan:

 

Memakai minyak wangi adalah amalan sifat rasullah s.a.w dan juga para malaikat.Bukan sahaja malaikat dan rasulullah suka kepada bau-bauan yang harum bahkan semua manusia suka kepada bau-bauan yang harum.Orang yang memakai bau-bauan akan mendapat pahala disisi Allah.Para ulama berbeza pandangan didalam menentukan najis atau tidak minyak wangi yang mengandungi alkohol.Ini adalah kerana:

 

1)Alkohol yang diletakan didalam minyak wangi merupakan alkohol yang diharuskan dan bukannya alkohol yang sejenis dengan alkohol yang berada di dalam minuman keras.

 

2)Menilai pandangan ulama,ada yang menyatakan haram alkohol itu adalah haram minum bukan haram memakainya.Ia termasuk dalam perkara cabang dan bukan masalah pokok.Maka ia boleh dipermudahkan setelah kita tahu huraian-huraiannya. Rasullah S.A.W bersabda :

 

“Permudahkan jangan kamu memayahkan”.

 

Oleh itu, berdasarkan kepada pandangan  ulama yang menyatakan harus,maka bolehlah   kita memakai diluar sembahyang dan dalam sembahyang tanpa rasa was-was.Adapun muslimat tetap tidak boleh pakai minyak wangi di tempat-tempat awam.Ianya dibenarkan untuk suami dan keluarga serta sesama muslimat sahaja,Kerana ia boleh menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki,samada yang ada alkohol atau tidak.

 

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Beza syarat sah dan rukun

Soalan:

 

Saya ingin kepastian tentang apakah bezanya syarat sah dan juga rukun dalam sembahyang sedangkan kedua-duanya akan membatalkan sembahyang apabila tidak dilakukan?Terima kasih

 

Muhammad K.Terengganu

 

Jawapan:

 

Perbezaannya ialah syarat sah melibatkan perkara-perkara  luar sembahyang seperti  suci dari najis, wuduk dan lain-lain.Manakala rukun ialah perkara yang dilakukan didalam sembahyang seperti bacaan fatihah, ruku’, sujud dan lain-lain (rukun 13).Wallahua’lam

Read Full Post »