Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Muamalat’ Category

Emas putih dan hutang

Assalamualaikum,

 

1)       Nak tanya ustaz berkaitan hukum orang lelaki memakai cincin emas putih. Adakah boleh dan sah sembahyang jika memakai cincin emas putih.

2)       Hukum memakai minyak wangi yang beralkohol (jenama Polo, CK,) . Adakah boleh dibawa untuk bersembahyang?

3)       Sekiranya kita berhutang dgn seseorang atau company, dan mahu membayar hutang tersebut tetapi orang atau company tersebut tidak dapat dihubungi atau dijejaki lagi. Bolehkah hutang tersebut dibayar ke pusat zakat atau badan kebajikan dengan niat membayar hutang tersebut?

 

 

Sekian , Terima Kasih

 

Zaidi

 

 

1.Emas Putih

 

Alaikum salam. Sah dan tidak berdosa sebab ianya tidak dikira sebagai emas yang dimaksudkan didalam hadis rasulullah. Ia hanyalah nama yang diberikan oleh pihak tertentu sahaja dalam menggambarkan nilainya yang tinggi.Seperti mana juga petroleum yang digelar emas hitam. Sekalipun kalau kita sembahyang dengan memakai emas kuning ianya tetap SAH TETAPI BERDOSA.

                                                       

2.Hutang

 

Alaikum salam. Jika tidak dapat dihubungi, cubalah sedaya upaya kita mencari keluarganya atau waris yang boleh menerima pusakanya atau orang yang bertanggungjawab terhadap syarikat itu dan jika gagal setelah berusaha kearah itu, maka boleh diwakafkan hutang kepada tempat-tempat yang diredhai itu ataupun kepada baitulmal.

 

Berkenaan soalan minyak wangi itu ianya telahpun dijawab dalam satu soalan yang sama beberapa ketika dahulu.sila rujuk kepada arkib untuk jawapan.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Zakat KWSP

Soalan:

 

Salam Uztaz,

 

Sebelumnya saya ingin mengucapkan tahniah atas pembukaan blog ini dalam membantu umat Islam. Semoga amal baik ustaz ini akan berterusan dan di terima Allah. Amin.

 

Masalah saya baru-baru ini saya dan suami ada mengeluarkan duit KWSP masing-masing untuk menghabiskan pinjaman rumah dengan bank yang kami duduk sekarang. Setelah memohon pengeluaran, dalam masa 3 minggu KWSP telah memberi kami cek tersebut. Suami sebanyak RM 13 300 dan saya sebanyak RM 700. Kami telah serahkan cek KWSP ini pada pihak bank dan setelah dikira ada lagi baki RM 200 yang mana pihak bank telah pulangkan pada akaun suami.

 

Soalan saya adakah duit KWSP kami yg berjumlah RM 14 000 itu dikenakan zakat? Sila terangkan dan jelaskan berapa jika kami perlu membayarnya.

 

Terima kasih, Allah sahaja yang dapat membalas jasa Ustaz.

 

Wasalam, yang benar,

 

Puan U A,

Johor

 

 

Jawapan:

Untuk duit KWSP yang dikeluarkan ,kita kena tunggu SETAHUN haul tam (hak milik sempurna) dan peratus jumlahnya ialah 2.5%. Akan tetapi ada juga pandangan yang mengatakan kita kena keluar terus selepas dapat duit tersebut .

Wallahua’lam

Read Full Post »

Perniagaan lintah dan cacing

Soalan:

 

Saya ada soalan ni, hari ini masyarakat kita ramai mula buka perniagaan, diantara perniagaan itu ialah jual lintah dan cacing. Dan kedua-dua binatang itu tidak boleh dimakan.Jadi saya ada dengar ustaz yang mengajar katanya memanfaatkan perkara yang haram hukumnya haram. Jadi bagai mana status hukum nya dari segi syara’ dan melalui qawaid fiqhiyyah kerana ini masalah kontemporari.Jadi bagaimana hukum jual kulit harimau/buaya/ yang orang manfaat buat beg kulit dan sebagainya..

 

faqir ilmu

 

Jawapan:

 

Sesuatu yang tidak najis,yang boleh diambil manafaat adalah harus dijual beli. Adapun dalam mazhab Abu Hanifah, hanya mensyaratkan manafaat sahaja dalam kata lain apabila ada manafaat maka harus jual beli seperti tahi ayam. Adapun kulit buaya diharuskan pemakaiannya setelah disamak. Disamak disini bukan seperti najis mughallazah (najis berat seperti anjing dan babi) tetapi disamak disini ialah dengan membuang segala lendir atau lemak. Biasanya menggunakan medium yang beralkali seperti kapur barus. Tidak perlu kepada sembelihan binatang-binatang yang kita guna kulitnya sebagai perhiasan diri. Hatta lembu yang tidak disembelih sekalipun kita boleh menggunakan  walaupun dibawa untuk sembahyang kulit-kulitnya itu sekiranya kita menyamak ia terlebih dahulu.

 

Wallahua’lam

 

Read Full Post »

Ukuwwah

Soalan

 

Saya diminta oleh seorang sahabat untuk menerangkan kepadanya berkenaan dengan “ukhwah dari sudut akidah “.Jadi saya tidak tau untuk terangkan kepadanya kerana saya bukan mengaji agama dan bukan seorang ustaz.Saya harap ustaz dapat jelaskan dengan lebih terpeinci .

 

sabri zakaria

 

 

Jawapan:

 

Al-Ukhuwwah dalam Islam adalah ukhuwwah yang hakiki dan sejati mengatasi mazhab-mazhab, sempadan negara, puak, jamaah, parti dan lain-lain. Rasulullah jadikan Salman al-Farisi sebagai saudara dalam Islam. Bilal ibnu Rabah, Shuhaib ar-Rumi dan sahabat-sahabat yang lain bersaudara dan berkasih sayang tanpa mengira bulu, keturunan pangkat dan lain-lain. Dengan kekuatan ukhuwwah itulah maka generasi sahabat diiktiraf Allah sebagai khairun ummah.

 

Atas dasar ukhuwwah Islam ini mereka dapat hidup saling bantu membantu tanpa rasa dengki, dendam dan segala sangka buruk di dalam diri mereka. Mereka mengutamakan jiran dan sahabat mereka yang susah daripada diri mereka sendiri. Pernah diriwayatkan suatu peristiwa terjadi ketika perang yang mana masing-masing sebenarnya amat dahagakan air, tetapi mereka masing-masing menolaknya kerana apabila mereka terdengar suara kesakitan  dari sahabat mereka, mereka mengutamakan sahabat mereka dahulu kerana menganggap sahabat merekalah yang lebih berhak mendapat air itu.

 

Suka ana membawa saudara untuk berfikir sejenak berkenaan ukhuwwah sesama kita sekarang. Dewasa ini kita dapat melihat hidup kita. Adakah lagi kasih sayang sesama kita? Hampir tiada. Kita mencurigai jiran kita, sahabat kita malahan saudara mara sekeliling kita juga dicurigai.

 

Mengapa kita bersikap demikian? Tidak lain hanyalah kerana kita tidak meletakkan ukhuwwah Islam sebagai tonggak persaudaraan atau persahabatan kita. Samada kita yang bersangka buruk kepada saudara, sahabat mahupun jiran kita, atau mungkin juga kerana sikap mereka itu semua yang membuatkan kita bersangka begitu.

 

Apa yang penting dalam membentuk ukhuwwah dalam kontek Islam ialah tidak lain kita perlu kembali segera kepada cara hidup Islam. Jika kita masih terkapai-kapai mencari jalan selain dari Islam maka kita akan pasti gagal. Kita boleh memulakan ukhuwwah Islam itu dengan diri kita, keluarga kita dan akhirnya kepada masyarakat. InsyaAllah kita kan beroleh kesejahteraan.

 

Wallahua’lam

 

Read Full Post »

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar ustaz? Diharap ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Disini saya ada sedikit kemusykilan untuk dikongsi bersama ustaz dan diharap ustaz dapat memberikan sedikit nasihat dan tips untuk saya renungi. Insyaallah hujung bulan Jun ini, saya akan berangkat ke UK dalam jangka masa 3 bulan di sana .

Kalau tidak ada aral melintang, saya akan mendapat kerja sambilan sebagai photographer. Bakal majikan saya di UK itu adalah kawan baik boss saya. Antara servis yang ditawarkan oleh bakal majikan saya itu ialah wedding photography. Kemusykilan saya ialah :-

1. Wedding photography di UK dikalangan rakyat Britain melibatkan pergambaran di dalam gereja sebagai salah satu upacara perkahwinan meraka. Barangkali saya juga akan disuruh oleh bakal majikan saya untuk menangkap gambar keseluruhan upacara perkahwinan itu. Dari sudut agama, apakah hukum saya berada dan menangkap gambar didalam upacara perkahwinan itu samada di dalam dan di luar gereja ?

2. Saya dapati ramai muslim photographers di Malaysia menangkap gambar upacara keagamaan seperti Thaipusam, hari Wesak dan sebagainya. Adakah hukumnya boleh dari segi agama?

3. Apakah boleh kita menangkap gambar interior di dalam gereja , kuil dan sebagainya? Harap ustaz dapat merungkaikan sedikit kemusykilan yang saya hadapi. Diharap kita dapat bertemu dilain hari insyaallah. Wassalam.

Ariff Rafiq

Jawapan:

Alaikum salam

Terima kasih atas soalan.Ana rasa soalan ini amat berguna untuk menjadi rujukan kepada semua pembaca apatah lagi dengan keadaan sekarang Islam dipandang serong oleh bukan Islam.

Perkara ini sebenarnya termasuk didalam perkara khilaf. Hendaklah diketahui perkara khilaf itu ialah perkara yang tiada nas secara tepat untuk menentukan hukum. Contoh perkara berkaitan dengan babi. Ulama mengeluarkan hukum mengharamkan orang Islam memakan daging babi. Firman Allah Taala

حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحۡمُ ٱلۡخِنزِيرِ

Diharamkan keatas kamu bangkai,darah dan daging babi (al-Maidah ayat :3)

Maka bersandarkan ayat ini SEMUA ulama menafsirkan bahawa haram memakan daging babi. Itu tiada kekhilafan. Akan tetapi berkenaan urusan jualbeli ulama berselisih pendapat terhadap hukumnya kerana tiada disebutkan secara qat’ei pengharaman jualbeli keatas babi. Ada yang mengharamkan jualbeli kepada bukan Islam tetapi ada juga ulamak yang mengharuskannya. Maka inilah yang dikatakan khilaf.

Adapun perkara yang berkaitan dengan perkara yg lebih besar lagi iatulah seperti membina rumah ibadat agama lain oleh kerajaan Islam, ianya dinyatakan oleh Syeikh Yousof al-Qorodhowi apabila beliau menilai pandangan Imam Abu Hanifah bahawa adalah menjadi keharusan kepada sesebuah kerajaan untuk membina rumah ibadat bagi penganut agama lain diatas dasar kaedah fiqh apa yang dibolehkan oleh agama mereka walaupun diharamkan oleh agama kita maka ianya diharuskan apatah lagi dalam soal menjaga perhubungan dan toleransi antara agama.

Pandangan ini juga didasarkan atas toleransi kerajaan bukan Islam keatas ummat Islam yang berada dalam negara mereka. Mereka juga membenarkan kita membina masjid-masjid yang kadang kalanya diberikan bajet untuk itu oleh kerajaan mereka. Dan kita sebagai ummat Islam yang sepatutnya lebih lagi bersifat toleransi.

Adapun pendapat kebanyakkan imam-imam lain yang tidak membenarkan perkara berkaitan membina rumah ibadat agama lain ini kecuali rumah ibadat itu didirikan oleh penganut mereka sendiri tanpa kaitan dengan ummat ataupun kerajaan Islam keseluruhannya. Mereka mengeluarkan hujjah bahawa perkara yang diharamkan oleh Islam, maka ianya tetap haram walaupun dibenarkan oleh agama lain.

Adapun perkahwinan adalah perkara yang diharuskan oleh semua agama.Bertolak dari pandangan Imam Abu Hanifah ini dan juga fatwa oleh Sheikh Yousof al-Qorodhowi maka perkara seperti mengambil gambar perkahwinan dalam gereja itu adalah diharuskan kerana perkahwinan itu dibenarkan agama mereka itu. Oleh itu ana merasakan bahawa jawapan ini telah meliputi semua persoalan yang dikemukakan. Tetapi ianya bersyarat iaitu anta wajiblah :

1-Tiada niat untuk menyebarkan agama mereka
2-Menjaga adab sebagai orang Islam

Harus diingat bahawa pandangan ini adalah pandangan yang kurang popular dikalangan ulama. Akan tetapi jika kita memandang kepada maslahah ummat ketika ini, ianya sesuai kerana pandangan bukan Islam kepada ummat Islam terlalu negatif. Ini juga untuk menghilangkan salah faham bukan Islam terhadap Islam iaitu Islam terlalu banyak pantang larang.

Disamping itu juga ummat Islam hendaklah berusaha dengan gigih untuk menyampaikan Islam kepada mereka. Jadi terpulanglah kepada kebijaksanaan anta dalam menangani perkara ini. Carilah juga pandangan lain yang mungkin lebih baik dan bagus dari pandangan ana.

Wallahua’lam

Read Full Post »

Soalan:

 

Apakah hukumnya kita memberi dan menjawab salam kepada bukan Islam?

 

Hamba Allah, Paka

 

Jawapan:

 

Salam adalah ibadat ta’abbudi.Tiada nas dan dalil yang mengatakan bahawa boleh memberi salam kepada bukan Islam samada dari quran dan sunnah.Oleh itu ianya diharuskan untuk memberi salam.Kecuali disana ada ulamak mengatakan bahawa boleh disebut lain daripada lafaz kebiasaan iaitulah dengan menyebut “Salamun A’laikum”.Begitu juga apabila menjawab salam, tidak dibenarkan mengguna kalimah walaikum salam (ta’abbudi) tetapi hanyalah kita menjawab “Wa a’laikum” sahaja.Akan tetapi perlu diingat bahawa hubungan kita dengan bukan Islam tetap terjalin.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »