Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Jenayah’ Category

Soalan: 

Mengapa orang Islam dizaman ini boleh terlibat dalam jenayah besar seperti membunuh , merompak , berjudi , minum arak menfitnah dan banyak lagi?

Along, Politeknik Sultan Mizan

Jawapan:

Jenayah adalah dosa.Dosa bagaikan penyakit.Apabila tiada cegahan dan ubat-ubatan maka akan merebaklah sesuatu penyakit itu.Cegahan dan ubat-ubatan adalah ajaran Islam.Penyakit adalah jenayah.Mereka yang terlibat dgn jenayah dan mungkar kerana mereka tidak mengamalkan Islam.

 

Bahkan orang Islam dimana-mana zaman yang apabila tidak mengamalkan Islam secara total, maka mereka selalunya akan mudah terjebak dengan jenayah-jenayah khususnya ketika mereka terdesak atau gelojoh untuk berlumba-lumba mengejar kebendaan dan mengikut hawa nafsu.Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila dalam masa yang sama keluarga, masyarakat dan negara tidak mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

 

Contoh 1:

 

Didalam al-Quran Allah menceritakan tentang kekuatan yang diperolehi oleh individu apabila dia mengamalkan ajaran Islam seperti solat.Maka solat itu boleh mencegah mungkar dan jenayah.

 

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ

 

Yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah perkara keji dan mungkar”(al-ankabut ayat :45 ).

 

Dan sebagai sesuatu untuk kita fikirkan,berapa ramaikah orang Islam sekarang yang tidak solat?Jadi adakah kita menjadi hairan apabila perkara keji dan mungkar tetap berlaku?

 

Contoh 2:

 

Kewajipan puasa yang ditujukan kepada individu iaitulah

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

 

Yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekelian bertaqwa” (al-Baqarah ayat:183 ).

 

Juga kalau kita dapat fikirkan,berapa ramaikah orang Islam tidak berpuasa.Maka bagaimana kita hendak membentuk masyarakat yang bertaqwa?

  

Contoh 3:

 

Mengamali Islam dengan sebenar-benarnya boleh mencegah mungkar dan ini Allah tujukan kepada sebuah kerajaan Islam

 

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا جَزَآءَۢ بِمَا كَسَبَا نَكَـٰلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

 

Yang bermaksud “Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Maidah: Ayat 38 ) 

Contoh 4:

Allah SWT berfirman: 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِى ٱلۡقَتۡلَى‌ۖ

 

Yang bermaksud : Wahai orang-orang beriman diwajibkan keatas kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh (al-Baqarah ayat:178 )

 

Dalam sambungan ayat seterusnya Allah menyebut

 

وَلَكُمۡ فِى ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٌ۬ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ

 

Yang bermaksud “Didalam (undang-undang) qisas kamu mendapat jaminan hidup wahai orang-orang yang beraqal supaya kamu bertaqwa (al-Baqarah ayat:179 )

 

Untuk contoh 3 dan 4 kita boleh melihat Makkah dan Madinah sebagai contoh negeri yang aman sejak dahulu hingga sekarang kerana mengamalkan undang-undang dari al-Quran.

  

Daripada beberapa contoh yang telah ana nyatakan di atas dan kalau kita rajin menyemak lagi ayat-ayat Allah, maka kita akan dapati bahawa Allah telah menurunkan ayat-ayatnya kepada semua lapisan masyarakat.

 

Ada ayat yang ditujukan kepada individu, ada ayat utk keluarga, juga ayat untuk pemimpin negara dan ada ayat untuk manusia seluruhnya.Allah berfirman:

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬

 

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya (dalam semua aspek) dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.(al-Baqarah ayat:208 )

 

Semua ayat-ayat diatas menjadi contoh bahawa mengamali Islam dengan bersungguh-sungguh akan dapat mencegah jenayah mungkar.Jadi untuk memastikan jenayah dan perkara mungkar dapat dibendung maka adalah  menjadi kewajipan kita semua untuk memastikan semua orang disekeliling kita mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya bermula DENGAN DIRI KITA DAHULU.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »