Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Hebahan Umum’ Category

Pengumuman

Assalamualaikum

Kepada semua pembaca ruangan soal jawab dan tazkirah Ustaz Zuliadin, saya ingin memohon maaf diatas kegagalan saya untuk meng update kan ruangan ini dalam masa yang agak panjang.Saya sebagai pembantu ustaz agak kesibukan dalam masa sebulan dua ini.InsyaAllah saya akan berusaha untuk mengupdatekan kembali laman ini dengan lebih aktif.

Salam Ramadhan

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum

 

Kepada semua pembaca blog ini,ana ingin memaklumkan bahawa keadaan ustaz sekarang ini agak uzur kerana penyakit gout yang telah lama dihidapinya.Ketika ini kedua-dua belah kaki ustaz bengkak dan beliau tidak dapat berjalan.Akan tetapi alhamdulillah beliau tetap bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah beliau.

 

Ustaz akan tetap memberikan tazkirah kepada kita semua walaupun dalam keadaan uzur.InsyaAllah kita mendoakan agar ustaz kembali sihat agar dapat terus berdakwah.Doakanlah kesejahteraan untuk ustaz.

 

Terima kasih

Read Full Post »

Pemberitahuan

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Ustaz Zuliadin.Disini ana ingin meminta maaf kepada semua pembaca kerana blog ini sudah terlalu lama tidak di”update”kan.

Untuk makluman semua,baru-baru ini ana (pembantu ustaz) agak sibuk kerana berpindah ke kediaman baru.Ditambah pula line internet ana juga turut dipindahkan ke nombor baru maka,atas sebab itu blog ustaz tidak dapat diupdatekan kira-kira dua minggu lalu (ana juga tidak berkesempatan untuk ke cyber cafe)

Sekarang ini alhamdulillah ana mempunyai masa lapang.Akan tetapi agak malang bagi kita kerana Ustaz Zuliadin sekarang ini pula berada di Mekah untuk menunaikan umrah.InsyaAllah ana akan mengupdatekan blog ini dengan seberapa segera sebaik sahaja ustaz kembali ke Malaysia.Doakan ustaz mendapat keredhaan Allah.

Kepada semua penyoal harap bersabar menunggu jawapan dari ustaz.Ana sekali lagi memohon maaf bagi pihak ustaz diatas masalah yang tidak disengajakan ini.

Terima Kasih

Read Full Post »

Umum

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ana ini.

Ana merasa amat gembira dengan kehadiran antum semua ke laman ana ini yang tidak seberapa.Diharap yang menjadi perhatian ialah isi kandungan blog ini dan bukannya keadaan blog ini kerana ana baru belajar.Terima kasih  yang tak terhingga juga kepada team Tranungkite yang dengan sukarela menghebahkan laman ana ini dalam laman web mereka.

Ana dengan penuh rasa sukacitanya ingin menjemput antum semua untuk memeriahkan lagi ruangan soal jawab ini.Soalan-soalan antum akan cuba ana jawab dengan seberapa segera dan seberapa banyak yang ana terdaya.

Artikel seperti berita dan rencana bebas bukanlah menjadi keutamaan ana dalam blog ini kerana ana ingin menumpukan lebih perhatian kepada soal jawab dan tazkirah pendek sebagai santapan jiwa pembaca sekelian.Akan tetapi ianya tetap disiarkan sekiranya difikirkan sesuai.

Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kepada team Tranungkite atas pengiklanan ini.Semoga kita semua akan sentiasa berada didalm rahmat Allah.

Jazakallah

Read Full Post »