Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Berita’ Category

Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 6 hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau keluar meninggalkan HSNZ jam 5.30 petang tadi.Beliau kelihatan sihat sepenuhnya dan sangat ceria ketika ditolak dengan menggunakan kerusi roda.

Beliau dimasukan ke hospital pada 10 April 2008 yang lalu,Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur jam 5.00 pagi hari tersebut dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.Beliau diserang stoke ringan .

Sebelum itu beliau telah menerima kunjungan Tengku Seri Paduka Raja, iaitu bapa saudara kepada  Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Selepas itu beliau juga telah diziarahi oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Hajjah Wan Ubaidah Wan Omar dan ADUN Tanjung Mas YB Ruhani Ibrahim.Selepas itu beliau di benarkan keluar dari Wad untuk pulang ke rumah.

Read Full Post »

Bapa tenang, boleh bercakap

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 61, dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, setelah dipercayai diserang ‘Minor Stroke’ (angin ahmar) ketika berada di rumahnya di Kampung Rusila, Marang, awal pagi semalam.

Ahli Parlimen Marang dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu mengadu mengalami kebas di bahagian dagu kepada anggota keluarganya ketika ingin bersahur untuk menunaikan puasa sunat kira-kira jam 5 pagi sebelum dikejarkan ke hospital pada jam 7.30 pagi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pihak hospital meminta supaya beliau berehat di HSNZ buat sementara waktu sehinggalah pemimpin utama Pas itu didapati benar-benar pulih.

Anak sulung Abdul Hadi, iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi, 31, ketika ditemui di HSNZ memberitahu, bapanya meminta supaya semua anggota dan penyokong Pas tidak ter­lalu bimbang dengan apa yang dihadapi itu kerana keadaan bapanya kini dilaporkan semakin stabil.

“Bapa (Abdul Hadi) berpesan agar semua penyokong tidak perlu risau dengan keadaan dirinya dan berharap semua pihak dapat berdoa kepada Allah agar kesihatannya sembuh secepat mungkin untuk membolehkan beliau terus memberi khidmat kepada parti dan rakyat,” ujarnya.

Menurut Muhammad Khalil, bapanya yang turut mempunyai masalah darah tinggi, baru pertama kali diserang angin ahmar dan sebelum ini beliau pernah menjalani pemeriksaan biasa di Institut Jantung Negara (IJN) dan HSNZ.

“Sehingga kini pihak hospital menyuruh bapa berehat secukupnya dan beliau dijangka dapat keluar dalam tempoh terdekat ini. Bapa juga berada dalam keadaan biasa, normal, tenang dan boleh bercakap,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan sama ada kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang pada setiap hari Jumaat diadakan seperti biasa, Muhammad Khalil berkata perkara itu bergantung kepada keadaan Abdul Hadi sendiri.

“Kalau bapa boleh keluar pada hari ini (semalam), mungkin kuliah tersebut boleh diteruskan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pihak lain yang akan mengambil alih tugas Abdul Hadi buat sementara waktu untuk membolehkah beliau berehat, Muhammad Khalil menjelaskan ia perlu ditanya kepada parti sendiri.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar harian online yang mengatakan bahawa bapanya diserang penyakit jantung, tetapi sebaliknya hanya ‘Minor Stroke.’

Sinar Harian difahamkan, beberapa pemimpin di negeri ini termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said turut melawat Abdul Hadi pada jam 8.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira lima minit sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Sumber : DPPPKT

Read Full Post »