Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2008

Minyak Wangi beralkohol

Soalan : 

Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai minyak wangi .Sebagai umat Islam ,adakah salah sekiranya minyak wangi yang kita gunakan mengandungi alkohol , kerana ia bukan untuk diminum. 

Bagaimana pula minyak wangi beralkohol itu digunakan ketika solat atau digunakan ketika keluar berjalan serta singgah solat dimana-mana surau? Saya ada mendengar solat yang saya lakukan dengan minyak wangi beralkohol tetap sah , sebab minyak wangi yang dijual dipasaran hari ini mengandungi alkohol yang rendah dan tidak mengapa sekiranya dibawa dalam solat.

       Adakah benar dakwaan itu? Minta ustaz jelaskan kedudukan perkara sebenarnya.

Along, Politeknik Sultan Mizan

 

Jawapan:

 

Memakai minyak wangi adalah amalan sifat rasullah s.a.w dan juga para malaikat.Bukan sahaja malaikat dan rasulullah suka kepada bau-bauan yang harum bahkan semua manusia suka kepada bau-bauan yang harum.Orang yang memakai bau-bauan akan mendapat pahala disisi Allah.Para ulama berbeza pandangan didalam menentukan najis atau tidak minyak wangi yang mengandungi alkohol.Ini adalah kerana:

 

1)Alkohol yang diletakan didalam minyak wangi merupakan alkohol yang diharuskan dan bukannya alkohol yang sejenis dengan alkohol yang berada di dalam minuman keras.

 

2)Menilai pandangan ulama,ada yang menyatakan haram alkohol itu adalah haram minum bukan haram memakainya.Ia termasuk dalam perkara cabang dan bukan masalah pokok.Maka ia boleh dipermudahkan setelah kita tahu huraian-huraiannya. Rasullah S.A.W bersabda :

 

“Permudahkan jangan kamu memayahkan”.

 

Oleh itu, berdasarkan kepada pandangan  ulama yang menyatakan harus,maka bolehlah   kita memakai diluar sembahyang dan dalam sembahyang tanpa rasa was-was.Adapun muslimat tetap tidak boleh pakai minyak wangi di tempat-tempat awam.Ianya dibenarkan untuk suami dan keluarga serta sesama muslimat sahaja,Kerana ia boleh menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki,samada yang ada alkohol atau tidak.

 

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Assalamualaikum

 

Kepada semua pembaca blog ini,ana ingin memaklumkan bahawa keadaan ustaz sekarang ini agak uzur kerana penyakit gout yang telah lama dihidapinya.Ketika ini kedua-dua belah kaki ustaz bengkak dan beliau tidak dapat berjalan.Akan tetapi alhamdulillah beliau tetap bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah beliau.

 

Ustaz akan tetap memberikan tazkirah kepada kita semua walaupun dalam keadaan uzur.InsyaAllah kita mendoakan agar ustaz kembali sihat agar dapat terus berdakwah.Doakanlah kesejahteraan untuk ustaz.

 

Terima kasih

Read Full Post »

Perkara penting yang sedang dilupai oleh kebanyakan umat Islam ialah menjaga dan mendidik anak-anak mereka.Ramai yang menyangka bahawa tugas itu merupakan perkara sampingan atau tidak berkait dengan kewajipan agama sebagai satu ibadah.Ini adalah satu tanggapan yang amat salah.

 

Lantaran kejahilan itu maka, kebanyakan ibubapa tidak mengambil berat dan tidak merasai kemanisan dalam mendidik anak-anak mereka.Kita sebenarnya sedang berada diakhir zaman, yang mana bilangan manusia terlalu ramai.

 

Kemajuan sedang memuncak.Teknologi sedang berkembang pesat dan manusia sedang berterusan leka mencintai dunia.Sekaligus juga menyediakan anak-anak kita cabaran yang lebih hebat lagi.Kalau tidak dijaga dan didik mereka dengan baik dan berhati-hati maka masa depan mereka didunia dan akhirat mungkin akan menjadi sia-sia.

 

Anak-anak adalah cahaya mata anugerah Ilahi.Anak juga adalah amanah Allah kepada kita semua.Ibubapalah akan mencorakkan dan mengasuhnya.Tetapi anak-anak juga bakal menjadi malapetaka besar kepada ibubapa sekiranya anak itu tidak didik dengan sebaik-baiknya.Allah berfirman :

 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

 

 

Wahai orang-orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasulnya dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya (surah al-Anfal ayat : 27)

 

Hari ini,kita boleh lihat betapa susahnya ibubapa,keluarga bahkan seluruh anggota masyarakat memikirkan apakah penyelesaian untuk permasalahan ini.Semua lapisan masyarakat turut merasai tempias dengan telatah anak-anak muda kita ini.

 

Ada yang mabuk kerana arak,ganja,pil,ubat batuk,air ketum dan lain-lain.Ada juga yang mencuri,merompak,menyamun,berzina tinggal sembahyang,tidak menutup aurat,derhaka kepada ibubapa dan banyak lagi.

 

Perkara-perkara jenayah,salah laku,buruk akhlak,dimuatkan di dalam akhbar,majalah dan televisyen.Ini semua dipertontonkan oleh pihak media sehinga penonton sudah tidak merasa apa-apa lagi.Bahkan ada yang rasa jemu.Masing-masing menggaru kepala mencari punca.Akhirnya masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.

 

Sebenarnya untuk menyelesaikan masalah itu,kita mestilah kembali kepada Islam.Dengan semua ibubapa mendidik anak masing-masing dan bersama-sama membantu mendidik masyarakat.Dalam masa,yang sama kerajaan wajiblah membendung masalah-masalah dan jalan-jalan yang boleh merosakan manusia.

 

Ibubapa,masyarakat dan juga pemerintah,hendaklah berjalan seiringan dalam usaha untuk membendung penyakit sosial yang melanda anak-anak kita ketika ini.Bukannya dengan menyalahkan antara satu sama lain apabila berlaku krisis.Tetapi jauh lebih penting ialah bersama-sama memperkukuhkan lagi benteng pertahanan untuk melawan penyakit ini.

 

Bak kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Hasil dari kesatuan ini insyaAllah,kita akan dapat memusnahkan penyakit ini.Dan pastinya seluruh masyarakat akan mendapat kesan positif dari kemengangan ini.

 

Seterusnya suka saya menyatakan kesan-kesan yang baik yang bakal terhasil sekiranya kita menjaga dan mendidik anak-anak kita bersesuaian dengan kehendak Islam.

 

1.Melahirkan anak-anak yang soleh,dan bertaqwa kepada Allah dan yang boleh mendoakan untuk kesejahteraan ibubapanya dunia akhirat.

 

2.Melahirkan anak-anak berakhlak yang sentiasa memuliakan kedua ibubapanya dan sanggup berkhidmat untuk keduanya.

 

3.Melahirkan anak-anak yang disenangi oleh masyarakat.

 

4.Melahirkan anak-anak yang tahu menghargai masa untuk solat,belajar,bekerja,membaca al-quran dan perkara-perkara yang mendatangkan faedah yang lain.

 

5.Melahirkan anak-anak faham agama,beramal denganya dan sanggup berjuang untuk menegakkan agama.

 

Akhir kata,anak-anak kita ibarat kain putih yang bersih.Kita adalah orang yang mencorakkan mereka.Coraklah mereka dengan warna-warna Islam agar ianya menjadi cantik dan segar didunia dan akhirat.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Pemberitahuan

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Ustaz Zuliadin.Disini ana ingin meminta maaf kepada semua pembaca kerana blog ini sudah terlalu lama tidak di”update”kan.

Untuk makluman semua,baru-baru ini ana (pembantu ustaz) agak sibuk kerana berpindah ke kediaman baru.Ditambah pula line internet ana juga turut dipindahkan ke nombor baru maka,atas sebab itu blog ustaz tidak dapat diupdatekan kira-kira dua minggu lalu (ana juga tidak berkesempatan untuk ke cyber cafe)

Sekarang ini alhamdulillah ana mempunyai masa lapang.Akan tetapi agak malang bagi kita kerana Ustaz Zuliadin sekarang ini pula berada di Mekah untuk menunaikan umrah.InsyaAllah ana akan mengupdatekan blog ini dengan seberapa segera sebaik sahaja ustaz kembali ke Malaysia.Doakan ustaz mendapat keredhaan Allah.

Kepada semua penyoal harap bersabar menunggu jawapan dari ustaz.Ana sekali lagi memohon maaf bagi pihak ustaz diatas masalah yang tidak disengajakan ini.

Terima Kasih

Read Full Post »