Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2008

Soalan: 

Mengapa orang Islam dizaman ini boleh terlibat dalam jenayah besar seperti membunuh , merompak , berjudi , minum arak menfitnah dan banyak lagi?

Along, Politeknik Sultan Mizan

Jawapan:

Jenayah adalah dosa.Dosa bagaikan penyakit.Apabila tiada cegahan dan ubat-ubatan maka akan merebaklah sesuatu penyakit itu.Cegahan dan ubat-ubatan adalah ajaran Islam.Penyakit adalah jenayah.Mereka yang terlibat dgn jenayah dan mungkar kerana mereka tidak mengamalkan Islam.

 

Bahkan orang Islam dimana-mana zaman yang apabila tidak mengamalkan Islam secara total, maka mereka selalunya akan mudah terjebak dengan jenayah-jenayah khususnya ketika mereka terdesak atau gelojoh untuk berlumba-lumba mengejar kebendaan dan mengikut hawa nafsu.Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila dalam masa yang sama keluarga, masyarakat dan negara tidak mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

 

Contoh 1:

 

Didalam al-Quran Allah menceritakan tentang kekuatan yang diperolehi oleh individu apabila dia mengamalkan ajaran Islam seperti solat.Maka solat itu boleh mencegah mungkar dan jenayah.

 

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ

 

Yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah perkara keji dan mungkar”(al-ankabut ayat :45 ).

 

Dan sebagai sesuatu untuk kita fikirkan,berapa ramaikah orang Islam sekarang yang tidak solat?Jadi adakah kita menjadi hairan apabila perkara keji dan mungkar tetap berlaku?

 

Contoh 2:

 

Kewajipan puasa yang ditujukan kepada individu iaitulah

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

 

Yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekelian bertaqwa” (al-Baqarah ayat:183 ).

 

Juga kalau kita dapat fikirkan,berapa ramaikah orang Islam tidak berpuasa.Maka bagaimana kita hendak membentuk masyarakat yang bertaqwa?

  

Contoh 3:

 

Mengamali Islam dengan sebenar-benarnya boleh mencegah mungkar dan ini Allah tujukan kepada sebuah kerajaan Islam

 

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا جَزَآءَۢ بِمَا كَسَبَا نَكَـٰلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

 

Yang bermaksud “Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Maidah: Ayat 38 ) 

Contoh 4:

Allah SWT berfirman: 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِى ٱلۡقَتۡلَى‌ۖ

 

Yang bermaksud : Wahai orang-orang beriman diwajibkan keatas kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh (al-Baqarah ayat:178 )

 

Dalam sambungan ayat seterusnya Allah menyebut

 

وَلَكُمۡ فِى ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٌ۬ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ

 

Yang bermaksud “Didalam (undang-undang) qisas kamu mendapat jaminan hidup wahai orang-orang yang beraqal supaya kamu bertaqwa (al-Baqarah ayat:179 )

 

Untuk contoh 3 dan 4 kita boleh melihat Makkah dan Madinah sebagai contoh negeri yang aman sejak dahulu hingga sekarang kerana mengamalkan undang-undang dari al-Quran.

  

Daripada beberapa contoh yang telah ana nyatakan di atas dan kalau kita rajin menyemak lagi ayat-ayat Allah, maka kita akan dapati bahawa Allah telah menurunkan ayat-ayatnya kepada semua lapisan masyarakat.

 

Ada ayat yang ditujukan kepada individu, ada ayat utk keluarga, juga ayat untuk pemimpin negara dan ada ayat untuk manusia seluruhnya.Allah berfirman:

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬

 

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya (dalam semua aspek) dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.(al-Baqarah ayat:208 )

 

Semua ayat-ayat diatas menjadi contoh bahawa mengamali Islam dengan bersungguh-sungguh akan dapat mencegah jenayah mungkar.Jadi untuk memastikan jenayah dan perkara mungkar dapat dibendung maka adalah  menjadi kewajipan kita semua untuk memastikan semua orang disekeliling kita mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya bermula DENGAN DIRI KITA DAHULU.

 

Wallahua’lam

Advertisements

Read Full Post »

Soalan:

 

Apakah hukumnya kita memberi dan menjawab salam kepada bukan Islam?

 

Hamba Allah, Paka

 

Jawapan:

 

Salam adalah ibadat ta’abbudi.Tiada nas dan dalil yang mengatakan bahawa boleh memberi salam kepada bukan Islam samada dari quran dan sunnah.Oleh itu ianya diharuskan untuk memberi salam.Kecuali disana ada ulamak mengatakan bahawa boleh disebut lain daripada lafaz kebiasaan iaitulah dengan menyebut “Salamun A’laikum”.Begitu juga apabila menjawab salam, tidak dibenarkan mengguna kalimah walaikum salam (ta’abbudi) tetapi hanyalah kita menjawab “Wa a’laikum” sahaja.Akan tetapi perlu diingat bahawa hubungan kita dengan bukan Islam tetap terjalin.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Beza syarat sah dan rukun

Soalan:

 

Saya ingin kepastian tentang apakah bezanya syarat sah dan juga rukun dalam sembahyang sedangkan kedua-duanya akan membatalkan sembahyang apabila tidak dilakukan?Terima kasih

 

Muhammad K.Terengganu

 

Jawapan:

 

Perbezaannya ialah syarat sah melibatkan perkara-perkara  luar sembahyang seperti  suci dari najis, wuduk dan lain-lain.Manakala rukun ialah perkara yang dilakukan didalam sembahyang seperti bacaan fatihah, ruku’, sujud dan lain-lain (rukun 13).Wallahua’lam

Read Full Post »

Persaudaraan

Bismillahhirrahmanirrahiim

 

            Hidup hendaklah bersaudara.Islam satu-satunya agama yang sangat mengambil berat tentang persaudaraan.Hidup berkasih sayang.Daripada persaudaraan itu lahirlah perasaan hormat menghormati,maaf-memaafi dan bertolak ansur.Akan tetapi manusia sentiasa berbalah dan berpecah belah,berperang,sehingga manusia hidup dalam kesengsaraan.Bumi menjadi hancur.

 

Kenapa?Apakah sebab?Sebabnya ialah penyakit hasad, penting diri sendiri, asobiyyah, mengikut nafsu dan lain-lain.Kerana sifat-sifat yang buruk itulah menyebabkan manusia sanggup berbalah dan berperang.Oleh itu sifat-sifat ini semua hendaklah dihapuskan daripada bersarang dalam diri manusia.

 

Oleh kerana itu Allah telah mengharamkan semua itu.Ini kerana selagi perkara-perkara itu ada didalam diri manusia maka mereka akan kekal bersengketa.Allah SWT mahu manusia hidup bersaudara, berbaik-baik, berkenal-kenalan diantara satu sama lain.Allah berfirman:

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

yang bermaksud “Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan.Lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan, bersaudara mara.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana. (surah al hujuraat ayat 13)

 

Rasulullah SAW hidup dalam masyarakat kafir quraisy di Makkah.Baginda memperkenalkan persaudaraan bersama-sama sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dan terhadap keluarganya dari kalangan kafir quraisy serta jiran-jiran, kawan-kawan dan masyarakat.Apabila para sahabatnya yang asalnya kafir ,lalu mereka memeluk Islam,maka rasulullah tidak melarang para sahabatnya yang telah Islam itu berbuat baik terhadap keluarga mereka yang masih lagi kafir.

 

Bahkan rasulullah mengajar mereka supaya sentiasa berbuat baik kepada manusia seluruhnya.Ummat Islam disuruh bersikap adil kepada kawan dan lawan.Ummat Islam juga dilarang bersikap zalim kepada lawan dan lebih-lebih lagi kepada kawan.Ertinya mereka hendaklah hidup bersaudara, berkawan, bermasyarakat, tolong menolong dalam perkara baik, kemausiaan dan taqwa.Allah berfirman:

 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ

yang bermaksud “Dan bertolong menolonglah kamu dalam perkara baik dan taqwa dan janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. (surah al-maaidah ayat 1)

  

Kita sangat-sangat perlu kepada penghayatan persaudaraan.Penghayatan yang dilandaskan ikhlas kepada Allah, jujur dalam persaudaraan, hasilnya, cepat atau lambat pastinya kebaikan itu untuk Islam dan ummat Islam.Manusia yang hidup dimana-mana zaman dan tempat, mereka tidak boleh lari dari kepentingan tolong menolong ini.

 

Mereka saling memerlukan antara satu sama lain.Peniaga memerlukan pelanggan, murid perlu kepada guru, pemimpin memerlukan rakyat dan sebaliknya.Bahkan semua manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Contoh ikatan inilah yang membuktikannya.Ianya bukan sekadar terhad kepada ekonomi sahaja malahan ianya melangkaui lebih dari itu.Allah menjelaskan didalam ayat-ayat yang banyak berhubung dengan persaudaraan.

 

1)Persaudaraan antara muslim dan bukan muslim:

 

 لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ

yang bermaksud bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku (surah al-kaafiruun ayat enam).

 وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُو

yang bermaksud kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan diantara satu sama lain. (surah al hujuraat ayat 13)

 

2)Berkaitan dengan jiran dan tetamu nabi SAW bersabda sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasul, hendaklah dia memuliakan jirannya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasul hendaklah dia memuliakan tetamunya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasul maka hendaklah dia bercakap baik atau dia diam.

 

3)Persaudaraan yang berkaitan dengan keluarga.Pernah seorang sahabat datang menemui nabi SAW lalu bertanya kepada siapakah kami perlu berbuat baik?Lalu nabi SAW bersabda kepada ibumu.Lelaki itu bertanya lagi kemudian kepada siapa?rasulullah SAW menjawab lagi kepada ibumu.Kemudian lelaki itu bertanya lagi selepas itu kepada siapa?nabi SAW mengulangi jawapan baginda kepada ibumu.Lelaki itu bertanya lagi selepas itu kepada siapa? Barulah rasulullah SAW menjawab kepada ayahmu.

 

Untuk menjaga persaudaraan,hendaklah kita menghidupkan amal-amal yang baik, mencegah mungkar dan menghapuskan kezaliman sehingga didalam Islam untuk menjaga persaudaraan itu, seseorang tidak boleh membaca al quran dengan suara yang tinggi sehingga mengganggu orang lain.Disana terlalu banyak dalil, bukti-bukti lojik-lojik bahawa manusia hendaklah hidup bersaudara samada mereka bersaudara sesama Islam ataupun juga dengan yang bukan Islam

 

Dalam suasana persaudaraan itu, maka kita selaku orang-orang Islam hendaklah mengambil peluang bagi menyebarkan agama Allah yang menjadi tugas pengikut nabi Muhammad SAW.Sabda nabi SAW yang bermaksud sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.Kita mahu hidup kita bersaudara diatas dunia ini dengan kita memikul amanah Allah selaku manusia adalah hamba-hamba Allah.Suasana yang baik, hormat menghormati dakwah islamiyyah sangat mudah untuk diserapkan kelubuk-lubuk hati manusia.Pesan Pak Nasir dari Indonesa “Ikan biar tertangkap,air jangan keruh”

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Sekularisme

Soalan:

 

Apakah sebab-sebab umat Islam kini berpecah kepada dua golongan sekular dan golongan islam sebenar. Apakah langkah dan perkara yang perlu dilakukan oleh kita umat islam?

 

Mahadi, Marang

 

Jawapan:

 

Terjadinya kekeliruan yang dinyatakan oleh penyoal pada pandangan ana ianya adalah berdasarkan kepada:

 

1)Kejahilan.

Ianya adalah punca yang paling besar manusia menjadi sesat.Samada dalam aqidah,ibadah politik dan lain-lain.Oleh kerana itulah nabi saw menerima wahyu pertama

 

  ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (surah al-Alaq ayat 1) yang bermaksud “bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk)

 

dan jemaah Islam meletakkan awlawiyyat menyebarkan ilmu untuk memberi kesedaran kepada ummat sehingga ummat terpimpin.

 

Dalam masa yang sama kejahilan dapat dihapuskan dan ilmu menjadi penyuluh untuk memilih Islam yang sebenar daripada Islam yang dimasuki oleh ideologi-ideologi ciptaan manusia

           

2)Kepentingan peribadi.

Bahaya kepentingan peribadi boleh menyekat kebenaran.Oleh kerana itu ummat Islam diajar supaya membetulkan aqidah dan membersihkan hati supaya manusia dapat menghadapi kepentingan diri dengan cara yang baik.

 

Sehingga ia juga dikira sebagai awlawiyyat didalam jemaah untuk mentarbiyyah para pendukung supaya berhati-hati dalam menghadapi ujian pangkat dan kebendaan.

 

Dan disana mungkin terdapat lagi beberapa punca dan sebab-sebab yang lain yang menyebabkan ummat Islam bepecah.

 

Sebagai langkah pencegahan kepada permasalahan ini ialah menghidupkan majlis-majlis ilmu didalam masyarakat melalui kuliah-kuliah ceramah- ceramah usrah-usrah kelas-kelas fardhu ain dengan menekankan soal aqidah ibadah,sejarah Islam,kepentingan menjadikan rasa persaudaraan diantara ummat Islam,menghidupkan budaya nasihat-menasihati,bertolong-tolongan dan lain-lain.

 

Langkah ini juga yang pernah diambil pendekatannya oleh rasulullah SAW yang menyebabkan nabi dapat menawan hati-hati manusia sehingga baginda dapat membuka perasaan untuk mereka menerima Islam dan sekaligus menolak sekularisme.Iaitu semua perkara adalah bersandarkan kepada Islam.

 

Wallahua’lam

Read Full Post »

Umum

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ana ini.

Ana merasa amat gembira dengan kehadiran antum semua ke laman ana ini yang tidak seberapa.Diharap yang menjadi perhatian ialah isi kandungan blog ini dan bukannya keadaan blog ini kerana ana baru belajar.Terima kasih  yang tak terhingga juga kepada team Tranungkite yang dengan sukarela menghebahkan laman ana ini dalam laman web mereka.

Ana dengan penuh rasa sukacitanya ingin menjemput antum semua untuk memeriahkan lagi ruangan soal jawab ini.Soalan-soalan antum akan cuba ana jawab dengan seberapa segera dan seberapa banyak yang ana terdaya.

Artikel seperti berita dan rencana bebas bukanlah menjadi keutamaan ana dalam blog ini kerana ana ingin menumpukan lebih perhatian kepada soal jawab dan tazkirah pendek sebagai santapan jiwa pembaca sekelian.Akan tetapi ianya tetap disiarkan sekiranya difikirkan sesuai.

Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kepada team Tranungkite atas pengiklanan ini.Semoga kita semua akan sentiasa berada didalm rahmat Allah.

Jazakallah

Read Full Post »

Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 6 hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau keluar meninggalkan HSNZ jam 5.30 petang tadi.Beliau kelihatan sihat sepenuhnya dan sangat ceria ketika ditolak dengan menggunakan kerusi roda.

Beliau dimasukan ke hospital pada 10 April 2008 yang lalu,Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur jam 5.00 pagi hari tersebut dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.Beliau diserang stoke ringan .

Sebelum itu beliau telah menerima kunjungan Tengku Seri Paduka Raja, iaitu bapa saudara kepada  Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Selepas itu beliau juga telah diziarahi oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Hajjah Wan Ubaidah Wan Omar dan ADUN Tanjung Mas YB Ruhani Ibrahim.Selepas itu beliau di benarkan keluar dari Wad untuk pulang ke rumah.

Read Full Post »

Older Posts »